RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan. Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik  dan berjaya di dunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku…..
 
AMINnnnn.

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata……

Dato’ Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata……

” setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )”………. nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu…

Berdasarkan Hadith Nabi :
“Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari”

Huraian hadith:
– jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
– Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
– Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
– Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. …tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
– Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
– Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris…..Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari
– Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang k ita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya…)

InsyaAllah

Berusaha dan bertawakal……insyallah , – rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)…..Mari kita cuba ..Allahhuakhbar…

Insya Allah

Allahu Akbar !

Saya tidak pernah menyangka-nyangka bahwa dengan meneruskan kalimat ini . Ke rakan Dan saudara sekalian, Allah memberikan saya rezeki yang tidak disangka-sangka…Memang tidak sampai 12 jam setelah saya kirimkan pesan itu…Tapi limpahan KurniaNya kepada saya sungguh diluar pemikiran saya….Subhanallah! Alhamdulillah.

Kirim kalimat ini ke 12 orang yang kamu anggap baik di dalam hidupmu

AL-QAYYUM, AL-MAJID, AL-WAJID, AL-WAHID, AL-AHAD, AL-SAMAD, AL-KADIR,
AL-MALIK, AL-RAHMAN, AL-RAHIM

WHY EMPLOYEES LEAVE ORGANISATIONS ? – Azim Premji, CEO- Wipro

Every company faces the problem of people leaving the company for better pay or profile.

Early this year, Mark, a senior software designer, got an offer from a prestigious international firm to work in its India operations developing specialized software. He was thrilled by the offer.

He had heard a lot about the CEO. The salary was great. The company had all the right systems in place employee-friendly human resources (HR) policies, a spanking new office,and the very best technology,even a canteen that served superb food.

Twice Mark was sent abroad for training. ‘My learning curve is the sharpest it’s ever been,’ he said soon after he joined.

Last week, less than eight months after he joined, Mark walked out of the job.

Why did this talented employee leave ?

Arun quit for the same reason that drives many good people away.

The answer lies in one of the largest studies undertaken by the Gallup Organization. The study surveyed over a million employees and 80,000 managers and was published in a book called ‘First Break All The Rules’. It came up with this surprising finding:

If you’re losing good people, look to their immediate boss .Immediate boss is the reason people stay and thrive in an organization. And he ‘s the reason why people leave. When people leave they take knowledge,experienc e and contacts with them, straight to the competition.

‘People leave managers not companies,’ write the authors Marcus Buckingham and Curt Coffman.

Mostly manager drives people away?

HR experts say that of all the abuses, employees find humiliation the most intolerable. The first time, an employee may not leave,but a thought has been planted. The second time, that thought gets strengthened. The third time, he looks for another job.

When people cannot retort openly in anger, they do so by passive aggression. By digging their heels in and slowing down. By doing only what they are told to do and no more.. By omitting to give the boss crucial information. Dev says: ‘If you work for a jerk, you basically want to get him into trouble. You don ‘t have your heart and soul in the job.’

Different managers can stress out employees in different ways – by being too controlling, too suspicious,too pushy, too critical, but they forget that workers are not fixed assets, they are free agents. When this goes on too long, an employee will quit – often over a trivial issue.

Talented men leave. Dead wood doesn’t.

Fenomena gerhana terlama

SELALUNYA fenomena gerhana matahari tidaklah mendapat perhatian ramai kerana ia sering berlaku sekurang-kurangnya pada kitaran setiap 18 bulan sekali.

Namun fenomena tersebut yang berlaku pada Rabu lepas disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama enam minit 39 saat di mana matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.

Sebahagian penduduk Asia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari yang paling lama bagi abad ke-21 yang merentasi India dan China bermula dari Mumbai ke Shanghai serta di beberapa kawasan di utara Malaysia.

Terdapat dua sebab kenapa peristiwa fenomena ini mendapat perhatian dari orang ramai. Pertama adalah kerana tempoh masa gerhana matahari kali ini merupakan yang terlama pernah berlaku. Maka kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh manusia kerana ia hanya dapat dilihat sekali seumur hidup (jika mengambil kira tempoh hayat manusia kurang dari 100 tahun).

Kedua ia berkait rapat dengan keinginan mengkaji manusia terutama bagi para saintis. Momentum gerhana matahari ini dapat dijadikan sumber data bagi membongkar rahsia matahari, terutama struktur, ledakan, suhu serta fenomena matahari.

Fenomena ini telah digembar-gemburkan ke seluruh dunia, yang jarang dapat dilihat dalam seumur hidup kerana ia tempoh paling lama merentasi di beberapa kawasan berpenghuni di bumi dan menjadi gerhana bersejarah yang bakal disaksikan oleh jutaan orang.

“Ia merupakan peristiwa terpenting yang pernah berlaku di sini. Tiada seorang pun dari kami dapat hidup lebih lama untuk melihat peristiwa itu berulang lagi,” kata pengurus agensi pakar pelancongan Eclipse City yang berpusat di Jerman, Federico Borgmeyer.

raksasa

Sebelum kejadian itu berlaku akhbar utama dan ahli astrofizik Amerika Syarikat (AS) telah menyatakan tarikh 22 Julai akan berlaku sebuah fenomena raksasa.

Menurut pakar gerhana, Fred Espenak, jumlah sinaran suria akan menjadi berkurangan apabila bulan berada di antara bumi dan matahari dan telah mengaburkan pancaran sepenuhnya.

Masa maksimum gerhana itu berlaku adalah selama enam minit dan 39 saat. Peristiwa ini hanya akan berlaku lagi mungkin pada tahun 2132.

Jarak ‘laluan keseluruhan’ fenomena itu meliputi sehingga 258 kilometer dan penduduk Gujarat di barat India menjadi orang yang pertama dapat menyaksikan gerhana dalam masa singkat sebelum pukul 6.30 pagi (9.00 pagi waktu Malaysia).

Fenomena gerhana yang menyebabkan keadaan gelap kemudiannya merentasi India, meliputi sungai Gangga, kota suci Varanasi yang berada di antara utara dan selatan Bangladesh dan Nepal sebelum mengelapkan kebanyakan tempat di Bhutan, melalui tanah besar China dan kemudian melepasi laut di Shanghai.

Fenomena gerhana itu turut melanda selatan pulau Ryuku, Jepun selepas membelok di tenggara melalui Lautan Pasifik di mana ia akan berada di sana dalam tempoh yang maksimum.

Bagi kawasan-kawasan yang berada di laluannya, ia akan disinari matahari sebanyak dua kali pada awal pagi kerana bulan melindungi lebih rendah ketika itu dan kemudian perlahan-lahan menyinari bumi sekali lagi.

Sebanyak 50 peratus atau lebih bagi anggaran dua bilion penduduk yang diliputi sinaran gerhana itu, bermula dari kawasan penggaraman para pe tani di Gujarat hingga ke kawasan gembala Tibet di kaki bukit Banjaran Himalaya.

Peluang yang datang sekali seumur hidup itu turut menjadi gerhana paling banyak disaksikan dalam sejarah disebabkan laluannya yang meliputi kawasan paling padat dengan penduduk di muka bumi.

Di Malaysia fenomena gerhana turut dapat disaksikan oleh rakyat negara ini terutama di negeri-negeri utara tanah air. Bagaimanapun penduduk hanya dapat menyaksikan kejadian gerhana matahari dalam bentuk separa dan bukannya gelap secara keseluruhan. Bagi penduduk di Alor Setar fenomena ini berlaku bermula pada pukul 8.45 pagi.

Ini dapat disaksikan apabila kawasan permukaan matahari ditutupi oleh bulan semasa berlakunya aktiviti gerhana separa.

Sebelum fenomena ini berlaku cuaca di bandar raya itu kelihatan agak mendung dan selepas aktiviti gerhana berlangsung cuaca bertukar menjadi panas dan mendung semula sebelum hujan melanda pada pukul 11 pagi.

Namun hujan yang melanda bandar itu disahkan tidak mempunyai kaitan dengan fenomena matahari gerhana oleh Jabatan Meteorologi dan ia hanyalah hujan biasa.

Menariknya gerhana matahari ini bukan sahaja telah menjerumuskan berjuta-juta penduduk di serata Asia ke dalam kegelapan tetapi ia turut mencetuskan suasana keagamaan, ketakutan mahupun keterujaan di seluruh dunia terutama di India dan China.

Para penganut Hindu memenuhi kuil-kuil utama di India sejak awal pagi lagi bagi menjalankan tanggungjawabnya sempena fenomena gerhana itu. Namun di sebalik semua keghairahan ini ia turut mencatat sejarah hitam apabila dilaporkan berlaku kejadian tidak diingini semasa gerhana itu berlangsung.

Seorang wanita terbunuh dalam kejadian rempuhan di kota suci Hindu, Varanasi di mana puluhan ribu penganut agama itu berhimpun di tebing Sungai Gangga sejak subuh lagi.

Polis berkata, wanita berusia 80 tahun itu pitam semasa pengunjung berasak-asak untuk memasuki sebuah kuil dekat tebing sungai tersebut, kemudian meninggal dunia akibat sesak nafas.

Kejadian itu mencetuskan panik yang turut menyebabkan lebih 20 orang lain cedera.

Dalam pada itu stesen rasmi China, Central Television membuat liputan secara langsung tentang peristiwa yang dipaparkan sebagai ‘Gerhana Matahari Sungai Yangtze’ kerana laluan fenomena itu meliputi lembangan saliran sungai tersebut.

Penduduk di Shanghai tidak mempedulikan hujan dan cuaca mendung untuk menyaksikan gerhana itu apabila kegelapan mula menyelubungi pusat perdagangan China tersebut pada 9.36 pagi (waktu sama di Malaysia).

“Sekarang waktu kerja, tetapi kami tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan pemandangan yang begitu menakjubkan. Pengalaman ini sungguh menyeronokkan,” kata seorang pekerja di Shanghai, Allen Chen yang keluar ke jalan raya untuk menyaksikan peristiwa itu.

Empat Macam Darjat Manusia

Khalil bin Ahmad menyatakan, bahawa darjat dan kualiti manusia terbahagi atas empat macam iaitu:-

Manusia yang tahu (mengerti), dan dia tahu bahawa dia tahu. Yang demikian ialah manusia yang berilmu, yang boleh dijadikan pemimpin.

Manusia yang tahu, tapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Orang yang demikian sedang tertidur, dan perlu dibangunkan.

Orang yang tidak tahu, dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian perlu dibimbing supaya menjadi cergas.

Orang yang tidak tahu, dan dia tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Orang yang demikian harus dijauhi.

Panggilan Kaabah – Orkes El Suraya


Lagu nasyid ini amat popular menjelang musim haji…

Keagungan Tuhan – D’lloyd


Sentiasalah kita mengagungkan kebesaran Allah SWT… itulah matlamat hidup kita sebenarnya.